Welcome :D

Welcome To My Fun Home . Be Open to Whatever Comes Next, chilax! HAHA, Iqraa'

Wednesday 24 September 2014

Part of POLLUTION (;


KABUS . ASAP . KELABU . Mehy tgok bawah ade apa .  Salam Ukhuwah Semua . Smile


Assalamualaikum wbt.

JEREBU

Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak  pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Tambahan pula, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.


PUNCA-PUNCA JEREBU

Antara masalah jerebu  berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Selain itu, kegiatan manusia melalui pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk.Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran pengeluaran asap yang tidak terkawal. Pertambahan perindustrian membawa kepada banyak pembebasan bahan pencemar yang berlebihan seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya.


KESAN DARIPADA JEREBU

Umumnya, dapat dilihat fenomena jerebu banyak mendatangkan kesan negatif berbanding positif. Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu  terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Kesan negatif daripada jerebu boleh menjejaskan kesihatan terutamanya sistem pernafasan manusia dan binatang.Penyakit-penyakit seperti selesema dan batuk akan mudah merebak. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Bagi haiwan pula, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Masalah jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya besar tersebut. Di samping itu, jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Jerebu memberi kesan kepada sektor pertanian seperti membantutkan tumbesaran tumbuhan. Hal ini kerana jerebu menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis disebabkan terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot.

Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula terhadap ekonomi negara. Misalnya, industri pelancongan akan terjejas kerana tahap penglihatan yang rendah oleh para pekerja akibat jerebu menyebabkan aktiviti luar disekat seperti industri perikanan dan pertanian. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Dari segi sosial, para pelancong terutama dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Jelaslah, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.


LANGKAH MENGATASI JEREBU

 Masalah jerebu boleh diselesaikan melalui pendidikan seperti pengurusan alam sekitar yang boleh dilakukan samada secara formal atau tidak formal. Guru perlu menerapkan kesedaran membersihkan kawasan dan mengitar semula kertas sampah yang dibawa keluar kelas ke pusat kitar semula apabila penuh. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar di samping mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya.

Kempen kesedaran tentang pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar perlu diberi perhatian. Contohnya, melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar di samping memperluaskan tahap kesedaran orang ramai. Dengan ini, kalangan masyarakat dapat mengadakan usaha berterusan daripada media massa bagi menanamkan minat mencintai alam sekitar.

Seterusnya, usaha pembenihan awan boleh dilakukan bagi menurunkan hujan. Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. Berikut merupakan contoh dari akhbar tempatan :


Langkah lain untuk menyelesaikan jerebu dengan mencontohi dan persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar. Contohnya, Agama Shinto di Jepun menyarankan supaya mencintai alam sekitar, justeru dapat dilihat warganegara Jepun menyayangi alam sekeliling dengan membina bangunan dan teknologi yang mesra alam. Amalan mengasingkan bahan buangan pepejal sudah dibuat dan mereka rela hati melaksanakannya. Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.


*act, topik diats ni sparuh dripd my essement . so just buat bhn bacaan je uolls* #mogedptmanfaat(:#

No comments: